4 Disember 2023.
IMBRe terus melangkah aktif sebagai persediaan untuk menjadi Pusat Kajian Kes Nasional (PKKN) pada tahun depan dengan mengadakan perbincangan muhibbah bersama Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), Kementerian Ekonomi Malaysia yang bertempat di Putrajaya.
Dalam kesempatan ini, IMBRe berhasrat mencari peluang menjalankan kajian kes berkaitan kementerian atau agensi kerajaan bagi penambahbaikan dan keberkesanan sistem.
RMU turut melihat perjumpaan positif bersama IMBRe hari ini sebagai permulaan yang baik untuk memulakan penyelidikan kajian kes yang lebih luas di sektor awam.