19 November 2023, EDC-UUM Sintok.
IMBRe telah menganjurkan sesi pembentangan Cadangan Kajian Kes IMBRe kepada Yang Mulia Tengku Tan Sri (Dr.) Mahaleel Tengku Ariff, Pro Canselor UUM. Dalam sesi pembentangan ini sebanyak tujuh kertas cadangan yang dihasilkan oleh Felo-felo IMBRe telah dibentangkan kepada YM Tengku.
Prof. Madya Dr. Zarifah Abdullah, Pengarah IMBRe turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan IMBRe sebagai sebuah pusat penyelidikan yang menghasilkan kajian kes bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar universiti.
Dalam pada itu, YM Tengku banyak memberikan maklumbalas tentang perancangan IMBRe ke arah untuk bergerak sebagai Pusat Kajian Kes Nasional (PKKN) di mana selari dengan agenda Transformasi UUM Tahun 2024.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Prof. Dr. Russayani Ismail, Timbalan Naib Canselor (P&I), En. Fadzil Samiran, Pengarah Jabatan Canselori dan Felo-felo IMBRe.