IMBRe-PSB telah berjaya menduduki tangga Naib Johan dalam Mini Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) UUM 2023. Kumpulan yang dikenali sebagai IM Bravo ini mengetengahkan projek Sistem Case-Study Digitalized Repository (CDR). Pertandingan ini diadakan di Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.00 petang. Dua juri yang dilantik adalah Prof. Madya Dr. Azrul Abdullah (UiTM Perlis) dan Prof. Madya Dr. Logasvathi Murugiah (UUM).