Rabu (17/5/2023)
TIMBALAN NAIB CANSELOR (P&I) SARAN IMBRe FOKUS TERAS PERKHIDMATAN
UUM ONLINE: Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail menyarankan Institut Penyelidikan Pengurusan dan Perniagaan (IMBRe) agar memfokuskan kepada teras perkhidmatan yang ditetapkan oleh universiti.
Kehadiran Dr. Russayani telah disambut Pengarah IMBRe, Prof. Madya Dr. Zarifah Abdullah dan pengurusan tertinggi serta semua kakitangan IMBRe.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat perkembangan semasa, hala tuju dan perancangan IMBRe pada masa depan serta berkenalan dengan pengurusan baharu dan staf IMBRe.
Pada perjumpaan itu, beliau telah diberikan penerangan oleh Pengarah IMBRe tentang struktur organisasi dan perjawatan serta produk-produk yang ditawarkan oleh IMBRe.
Secara keseluruhan, Dr. Russayani berpuas hati dengan perancangan serta hala tuju yang dibentangkan dan beliau akan menyokong program-program yang dianjurkan bagi memberi manfaat kepada pelajar, komuniti serta universiti selaras dengan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.