Lawatan Penanda Aras ke Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pulau Langkawi

ezgif 2 3a4158d5548a NEW

Delegasi IMBRe telah dijemput oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pulau Langkawi . Pihak Langkawi Development Authority (LADA) turut serta dalam lawatan industri ini.

Delegasi yang diketuai Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) disertai bersama Prof. Madya Dr. Zarifah Abdullah, Pengarah IMBRe; Dr. Mohd. Nizam Saad, Timbalan Dekan SMMTC; Prof. Madya Dr. Azizah Ahmad, Pengarah IASDO dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hasbullah Omar, Ketua Unit Penyelidikan MCMC-UUM MakerSpace Lab, SOC.

Antara pemain industri telekomunikasi yang membuat demonstrasi 5G dalam sesi ini adalah TM, Celcom, Maxis dan U-Mobile yang meliputi lokasi di 5G Command Centre Langkawi, MARDI Agro Technology Park, Langkawi Port Tanjung Lembung dan Berjaya Langkawi Resort.

IMBRe akan menjalinkan kerjasama strategik ini dalam bentuk penghasilan kajian kes bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di UUM.